Kutipan Semasa
RM {nilai_semasa}
Sasaran Kutipan
RM {nilai_sasaran}
Bantu kami jadi penaja tetap pelajar-pelajar ini dan pengoperasian madrasah
Dengan rendah hati, pihak Madrasah Syahadah Tahfiz Al-Hidayah ingin mengajak tuan/puan yang dermawan untuk berinfak sambil membantu kami melahirkan para huffaz yang lebih professional, cemerlang akademik, berintegriti yang merangkumi ilmu dunia dan akhirat.
Kami telah menghantar berpuluh pelajar sehingga kini dan masih ada pelajar kami menyambung pelajaran mereka di luar negara. Sedaya upaya kami cuba untuk mencari penaja agar pelajar-pelajar yang berpotensi ini dapat terus menimba ilmu. Mudah-mudahan ada antara mereka bakal menjadi pelapis ulama di penghujung akhir zaman ini.
Kita mungkin tak mampu menghafaz Quran 30 juzuk, tapi mungkin kita mampu lahirkan generasi Al-Quran dengan kita menginfakkan sedikit harta yang Allah pinjamkan di dunia ini kepada para pejuang penuntut ilmu terutamanya mereka yang mempelajari Al-Quran dan mereka yang mengajarkannya.
1. Pilih jumlah sumbangan dengan menekan butang di bahagian kuantiti.
Atau anda boleh menyumbang secara manual (CDM):
Nama akaun:
MADRASAH SYAHADAH TAHFIZ AL HIDAYAH
Nama bank:
BANK ISLAM
Nombor akaun: 1215 9010 0261 60
Rujukan (reference): iTAJAAN
Atau
SCAN GUNA APPS BANK ANDA
3. MASUKKAN NILAI & SAHKAN
4. PENGESAHAN BERJAYA
Nota:
Setelah selesai derma guna QR Code, maklumkan derma anda atau terus isikan borang di bawah dan muatnaik slip sumbangan. Derma guna QR Code sangat sesuai jika anda seorang yang lebih selesa menderma secara bersembunyi. QR Code lebih memudahkan anda menderma.
Sebarang soalan atau pertanyaan boleh hubungi kami di (Pn Najaha)
Ribuan Terima Kasih diucapkan kepada para penyumbang. Sesungguhnya sumbangan tuan/puan amat berharga dan menjadi saham akhirat buat kita semua.
Aaminn.
Sabda Nabi SAW: "Apabila mati seorang manusia, terputus daripadanya amalannya kecuali tiga perkara; sedekah jariah, ilmu dimanfaatkan dengannya atau anak soleh yang mendoakan baginya". (Hadis riwayat Muslim).
Nota:
Bagi pembayaran mengunakan payment gateway Toyyibpay, cas perkhidmatan akan dikenakan sebanyak RM1.00 bagi setiap transaksi yang berjaya.
Sumbangan anda akan diagihkan kepada kumpulan sasaran serta menampung kos pengurusan